Skip to main content

10 Lokasi Menarik di Perlis: Meneroka Keindahan Negeri Perlis

Sebagai negeri terkecil di Malaysia, mungkin ramai di kalangan para pelancong sering terlepas pandang tentang negeri Perlis ini. Namun disebalik kekecilannya itu, negeri ini sebenarnya kaya dengan keindahan alam semula jadi, sejarah, dan budaya yang sedang menanti untuk diterokai. Dari bukit-bukau yang menghijau sehingga ke pantai yang damai, Perlis menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi mereka yang suka mencari destinasi yang tenang dan memukau. 

Berikut 10 destinasi yang menarik di Perlis yang wajib anda kunjungi ketika berada di negeri ini.

1. Taman Rekreasi Gua Kelam

Taman Rekreasi Gua Kelam merupakan salah satu destinasi utama di Perlis, terkenal dengan gua batu kapur yang mengagumkan. Gua ini pernah menjadi laluan penting bagi pelombong bijih timah pada zaman dahulu. Pengunjung kini boleh menikmati keindahan stalaktit dan stalagmit sambil berjalan di laluan jambatan gantung sepanjang 370 meter yang merentasi gua ini. Suasana yang sejuk dan di sokong dengan chaya elektrik tambahan menjadikan Gua Kelam destinasi yang unik untuk dijelajahi.

Foto: Jo-Ann via tripadvisor


2. Padang Besar

Padang Besar terletak di sempadan Malaysia-Thailand sama seperti Rantau Panjag Kelantan, adalah 'syurga' membeli-belah bagi mereka yang mencari barangan pada harga murah. Pasar di sini menawarkan pelbagai barangan dari pakaian, makanan, hingga cenderahati. Selain membeli-belah, para pengunjung juga dapat merasai makanan tempatan yang enak dan unik di gerai-gerai sekitar.

Padang Besar selalu menjadi pusat perhentian para pelancong sebelum merentas sempadan Thailand atau ketika kembali dari sempadan Thailand. 

Foto: Zh N via Tripadvisor


3. Wang Kelian

Wang Kelian adalah salah destinasi yang perlu dukunjungi oleh setiap pengunjung yang datang ke Negeri Perlis. Wang Kelian ini terkenal dengan pasar pagi yang meriah, di mana pengunjung boleh berjalan kaki melintasi sempadan Malaysia-Thailand tanpa pasport. Pasar ini menjual pelbagai jenis produk tempatan dan Thailand, dari sayur-sayuran segar hingga kraftangan. Namun, sejak April 2015, Zon Aliran Bebas Wang Kelian telah dibatalkan atas faktor keselamatan dan menyekat penyeludupan. Dulu, para pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan sahaja untuk keluar-masuk sempadan di Wang Kelian. 

Selain pasar, kawasan Wang Kelian juga mempunyai lokasi menarik untuk dikunjungi seperti Taman Negeri Perlis dan Wang Kelian Viewpoint untuk menikmati suasana alam semula jadi.

Foto: wangkelian.weebly.com


4. Bukit Keteri

Bukit Keteri yang terletak di Kangar, Perlis adalah destinasi popular untuk aktiviti mendaki dan memanjat tebing bukit. Bukit batu kapur ini menyediakan laluan yang mencabar tetapi sebenarnya memuaskan dengan pemandangan yang luar biasa yang dapat dinikmati dari puncak bukit. Walaupun ia Bukit Keteri jarang didengari namun, bagi penduduk tempatan dan peminat sukan lasak, ia adalah salah satu lokasi yang terbaik dan popular di Malaysia yang berjaya menarik peminat sukan ekstrem dari dalam dan luar negara.

Foto: pttoutdoor.com


5. Muzium Kota Kayang

Di Perlis juga terdapat Muzium untuk dilawati iaitu Muzium Kota Kayang. Muzium ini terletak di kawasan yang pernah menjadi tempat kediaman kerabat diraja Perlis dan menempatkan pelbagai artifak sejarah, termasuk senjata lama, manuskrip, dan pakaian tradisional. Muzium ini juga menyediakan pemandangan indah dari Bukit Kayang yang berhampiran.

Foto: tripadvisor


6. Tasik Melati @ Taman Rekreasi Taman Melati

Salah satu lokasi yang tidak boleh dilepaskan ketika berada di Perlis ialah Tasik Melati. Tasik Melati merupakan destinasi yang sempurna untuk mereka yang ingin bersantai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Tasik ini dihiasi dengan lebih 150 pulau kecil yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan air yang subur. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang tenang dengan berjalan di atas jambatan-jambatan kayu yang merentasi tasik ini, atau sekadar duduk di bangku sambil menghirup udara segar.

Foto: Jo-Ann via tripadvisor


7. Ladang Kenaf Lembah Chuping

Lembah Chuping dulu terkenal dengan pemandangan ladang tebu yang sangat luas dan memberikan pemandangan hijau yang sangat cantik. Ladang Tebu sebelum ini merupakan salah satu tempat paling ikonik di Perlis. Kini, ladang tebu telah ditutup dan telah gigantikan ladang kenaf. Di sini anda boleh bergambar dengan suasana persekitaran hijau ladang kenaf dan melakukan aktiviti di sini. Bagaimana pun, berhubung dulu dengan penduduk tempatan atau pihak berkenaan sebelum melakukan sebarang aktiviti di sini.


8. Kuala Perlis

Kuala Perlis adalah pintu masuk utama ke Pulau Langkawi, tetapi ia juga merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi di Perlis. Pekan nelayan ini terkenal dengan restoran makanan laut yang menyediakan hidangan segar dan sedap. Di sini, anda boleh menikmati hidangan seperti laksa Perlis dan ketam masak lemak sambil menikmati pemandangan laut dan bot-bot nelayan yang berlabuh si sini.

Selain itu, anda boleh berkunjung Masjid Al Hussain yang menghadap laut, di Jalan Semarak, Kuala Perlis.

Foto: mdpai75 via flickr CC BY 2.0


9. Gua Wang Burma

Terletak berhampiran dengan sempadan Thailand, Gua Wang Bura berada di tengah hutan tidak jauh daripada Wang Kelian. Gua Wang Burma merupakan salah satu daya tarikan yang menarik bagi penggemar aktiviti lasak. Gua ini mempunyai dua laluan utama yang membawa pengunjung melalui laluan yang sempit, mendaki batu-batu besar, dan meneroka formasi batu kapur yang menakjubkan. Pengalaman di sini adalah kombinasi antara cabaran fizikal dan keindahan alam semula jadi yang tidak dapat dilupakan.

Foto: FB Perlis Nature Xplorer


10. Hutan Lipur Bukit Ayer

Selain gua-gua yang gelap, Hutan Lipur Bukit Ayer adalah destinasi terbaik untuk pengalaman berkelah beramai-ramai atau bercuti bersama keluarga. Tempat tenang dan cantik ini mempunyai laluan pejalan kaki yang dipelihara dengan baik, menjadikan tempat ini sesuai untuk aktiviti berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Tempat ini juga mempunyai kemudahan seperti kawasan perkhemahan dan tempat rehat, menjadikannya destinasi yang popular untuk percutian bersama keluarga.

Foto: FB Oh My Perlis


Comments

Popular posts from this blog

Seni Jalanan dan Impaknya kepada Masyarakat Bandar

Dalam dekad kebelakangan ini, seni jalanan telah muncul sebagai salah satu bentuk ekspresi yang paling dinamik dan relevan dalam masyarakat bandar di seluruh dunia. Ia bukan sahaja menawarkan peluang kepada seniman untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencerminkan masalah sosial, budaya, dan politik yang melanda sesebuah masyarakat, sama ada dalam konteks tempatan mahupun secara global. Evolusi Seni Jalanan di Bandar Seni jalanan pada mulanya dianggap sebagai vandalisme atau sesuatu yang bersifat anti-establishment. Namun, seiring dengan perkembangan semasa, ia telah diterima masyarakat sebagai medium seni yang sah. Bandar-bandar seperti New York, Berlin, dan Melbourne terkenal dengan karya seni jalanan mereka, di mana tembok-tembok kosong diubah menjadi kanvas besar yang menyampaikan mesej kepada penduduk setempat. Di Malaysia sendiri, seni jalanan menjadi daya tarikan pelancongan, seperti di kawasan Georgetown, Pulau Pinang y...

Sony Menutup Studio Firewalk dan Menamatkan Concord Serta Merta

Imej: psu.com Dalam satu langkah mengejutkan, Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan penutupan secara kekal Firewalk Studios, pembangun di sebalik eksklusif PlayStation yang kurang berjaya, Concord. Keputusan ini dibuat kurang dari dua bulan selepas Concord dihentikan akibat penerimaan buruk dan bilangan pemain yang rendah. Imej: playstation-studios.fandom.com Concord, sebuah permainan penembak orang pertama (PvP), dilancarkan pada 23 Ogos 2024, tetapi dihentikan penjualannya pada 6 September 2024 selepas menerima ulasan negatif yang meluas dan gagal menarik sebilangan besar pemain. Pada puncaknya, permainan ini mempunyai kurang daripada 700 pemain serentak di Steam. Imej: videogameschronicle.com Hermen Hulst, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Studio SIE, menyatakan dalam e-mel dalaman bahawa setelah meneroka pelbagai pilihan, jalan terbaik adalah untuk menutup permainan secara kekal dan menutup studio. Hulst menyampaikan terima kasih kepada pasukan F...

Rahsia Kejayaan: Kisah Inspirasi dari Tokoh-Tokoh Ternama

Kejayaan bukanlah sesuatu yang datang secara tiba-tiba. Ia memerlukan usaha, dedikasi, dan ketekunan yang tinggi. Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa tokoh ternama yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing dan mengkaji rahsia di sebalik kejayaan mereka. Melalui kisah-kisah ini secara ringkas, kita dapat belajar tentang prinsip-prinsip kejayaan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. 1. Oprah Winfrey: Ikon Media dan Filantropis Oprah Winfrey adalah seorang tokoh media yang telah membina empayar perniagaan yang besar. Beliau terkenal dengan program bual bicara "The Oprah Winfrey Show" yang menjadi salah satu rancangan televisyen paling berjaya dalam sejarah. Oprah juga seorang filantropi yang aktif dalam pelbagai kegiatan amal, termasuk pendidikan dan pemerkasaan wanita. Imej: oprah.com Kunci Kejayaan: Ketekunan dan kerja keras: Oprah memulakan kerjayanya dari bawah sebagai penyampai berita dan perlahan-lahan membina reputasinya dalam i...