Skip to main content

Game: Playstation 5 Slim (PS5 Slim) sedia untuk ditempah di Malaysia

 

Foto - Yahoo

Sony Malaysia mengumumkan di laman web mereka bahawa Playstation 5 atau PS5 Slim sudah boleh mula ditempah di laman web mereka.

Berdasarkan kepada produk yang disenaraikan Sony Malaysia, PS5 Slim akan didatangkan dengan dua versi konsol iaitu versi Digital dan versi CD bermula dari harga RM2,499 hingga RM2,799 untuk versi Disc. Manakala versi digital pula dijual pada harga RM2,069 hingga RM2,369. 

Selain itu, Sony juga menyenaraikan Playstaion 5 Disc Drive dengan harga RM529 dan Playstation 5 Stand (Slim) pada harga RM149. 

PS5 dengan harga RM2,799 untuk versi CD dan RM2,369 untuk versi digital ditawarkan dengan dua alat pengawal tanpa wayar atau DualSense Wireless Controller. Namun tidak dinyatakan pakej lain yang disertakan bersama dengan set PS5 Slim terbaru itu. 

Untuk versi slim ini tidak disebutkan pula tentang mana-mana komponen yang dinaik taraf melainkan rekabentuknya yang berubah sedikit daripada sebuah PS5 'gemuk' kepada PS5 yang lebih 'kurus'. Namun, 

Foto - Sony

Rekabentuk dan Berat

Saiz PS5 'gemuk' versi CD ialah 390mm x 260mm x 104mm manakala PS5 slim ialah 358mm x 216mm x 96mm. 

PS5 'gemuk' digital 390mm x 260mm x 92mm manakala PS5 slim digital pula berukuran 358mm x 216mm x 80mm.

Berat versi CD turun daripada 4.5 kilogram (kg) kepada 3.2 kg dan PS5 digital turun kepada 2.6 kg. 

Warna dan gaya rekabentuknya pun masih sama dengan warna putih mendominasi warna hitam dan stand pula tidak disertakan untuk PS5 slim. Ini bermakna, peminat PS5 di Malaysia perlu membeli stand PS5 slim secara berasingan dengan harga RM149. 

Spesifikasi

  • CPU: x86-64-AMD Ryzen™ “Zen 2”, 8 Cores / 16 Threads, Variable frequency, up to 3.5 GHz
  • GPU: AMD Radeon™ RDNA 2-based graphics engine, Variable frequency, up to 2.23 GHz (10.3 TFLOPS)
  • Memory: GDDR6 16GB
  • SSD: 825GB
  • Optical Drive: Ultra HD Blu-ray (66G/100G) ~10xCAV
  • Video: HDMI™ OUT port. Support of 4K 120Hz TVs, 8K TVs, VRR (specified by HDMI ver.2.1)
  • Input/Output: USB Type-A port (Hi-Speed USB). USB Type-A port (Super-Speed USB 10Gbps) x2. USB Type-C® port (Super-Speed USB 10Gbps)
Foto - Yahoo


Perlu ke beli jika sudah ada PS5 'gemuk'


Berdasarkan kepada spesifikasi yang ditawarkan, rasanya peminat PS5 tidak perlu lagi membeli PS5 Slim ini kerana tiada sebarang perbezaan melainkan hanya saiz dan beratnya sahaja yang dikurangkan. 

Malah, anda akan mengalami kerugian dari segi saiz storan SSD yang dikurangkan daripada 1TB kepada 825GB. Dari segi saiz pun sebenarnya tiada banyak perubahan dan rekabentuknya itu tetap menyakitkan mata. 

PS5 Slim sudah banyak dijual dipasaran dari penjual-penjual tempatan. Namun untuk peminat PS5 yang baru bercadang untuk mendapatkan konsol popular ini, boleh terus membuat tempahan di laman web rasmi Sony Malaysia bermula sekarang. 

Kenyataan Sony Baru-Baru Ini

Sony, menerusi Matsuoka dalam kenyataannya baru-baru ini yang menyebut PS5 “Entering the Latter Stage of its Life Cycle” (PS5 "Memasuki Peringkat Akhir Kitaran Hayatnya") menimbulkan sedikit tanda tanya dikalangan para permainan konsol. 

Dengan kenyataan itu, adakah patut untuk anda terus membeli PS5 atau lupakan dulu buat sementara waktu.

Seperti yang kita maklum bahawa PS5 telah mencecah usia 4 tahun dan dilaporkan Sony telah berjaya menjual sekitar 54 juta konsol setakat ini berbading dengan konsol lain seperti Xbox Series. 

Pada tahun 2023, Sony perkenalkan PS5 Slim dan kini ia baru dilancarkan di Malaysia pula. 

Kenyataan Matsuoka itu tidak semestinya yang hayat PS5 akan berakhir kerana ia juga pernah berlaku kepada konsol PS4 sebelum ini di mana Sony masih menghasilkan PS4 kira-kira setahun selepas PS5 dilancarkan. Bagaimana pun, kenyataan itu agak mengejutkan adakah mungkin ia disebabkan oleh situasi pandemik dan kesukaran yang berlaku selepas bencana itu. 

Akan tetapi, ada pendapat mengatakan ia mungkin petunjuk bahawa Sony akan mengeluarkan sesuatu yang baru terhadap konsol PS5 sebagai contoh PS5 Pro yang pernah digembar gemburkan sebelum ini. 

Satu lagi petunjuk yang mungkin menggusarkan peminat PS5 ialah kenyataan Hiroki Totoki bahawa mereka tidak merancang untuk mengeluarkan sebarang tajuk permainan baru atau siri lanjutan dalam masa terdekat. 

Adakah kenyataan-kenyataan itu sebenarnya petanda bahawa Sony bakal melancarkan Playstation 6 (PS6) dalam masa terdekat? Atau adakah kemungkinan harga jualan akan jatuh dalam masa terdekat?


Comments

Popular posts from this blog

Sony Menutup Studio Firewalk dan Menamatkan Concord Serta Merta

Imej: psu.com Dalam satu langkah mengejutkan, Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan penutupan secara kekal Firewalk Studios, pembangun di sebalik eksklusif PlayStation yang kurang berjaya, Concord. Keputusan ini dibuat kurang dari dua bulan selepas Concord dihentikan akibat penerimaan buruk dan bilangan pemain yang rendah. Imej: playstation-studios.fandom.com Concord, sebuah permainan penembak orang pertama (PvP), dilancarkan pada 23 Ogos 2024, tetapi dihentikan penjualannya pada 6 September 2024 selepas menerima ulasan negatif yang meluas dan gagal menarik sebilangan besar pemain. Pada puncaknya, permainan ini mempunyai kurang daripada 700 pemain serentak di Steam. Imej: videogameschronicle.com Hermen Hulst, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Studio SIE, menyatakan dalam e-mel dalaman bahawa setelah meneroka pelbagai pilihan, jalan terbaik adalah untuk menutup permainan secara kekal dan menutup studio. Hulst menyampaikan terima kasih kepada pasukan F...

Intermittent Fasting (IF): Panduan dan Manfaat

Intermittent Fasting (IF) adalah satu kaedah pemakanan yang semakin popular dalam kalangan individu yang mencari cara untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan termasuk menguruskan badan. IF melibatkan kitaran antara waktu makan dan berpuasa. Dalam artikel ini, akan dikongsikan secara umum, sedikit panduan dan manfaat kesihatan dengan mengamalkan Intermittent Fasting (IF). Apa itu Intermittent Fasting (IF)? IF bukanlah hanya satu jenis diet, tetapi ia adalah kaedah pemakanan yang menekankan pada perubahan dalam masa makan dan masa berpuasa. Terdapat beberapa kaedah IF yang berbeza, tetapi yang paling popular adalah: 1. 16/8 Method: Anda berpuasa selama 16 jam dan membenarkan diri untuk makan hanya dalam jendela masa 8 jam. Contohnya, anda boleh berpuasa dari pukul 8 malam hingga pukul 12 tengahari esok. 2. 5:2 Diet: Dalam kaedah ini, anda membenarkan diri untuk makan seperti biasa selama 5 hari dalam seminggu dan berpuasa (makan kalori yang sangat terhad) dalam 2 hari yang berl...