Game: Playstation 5 Slim (PS5 Slim) sedia untuk ditempah di Malaysia

Foto - Yahoo Sony Malaysia mengumumkan di laman web mereka bahawa Playstation 5 atau PS5 Slim sudah boleh mula ditempah di laman web mereka. Berdasarkan kepada produk yang disenaraikan Sony Malaysia, PS5 Slim akan didatangkan dengan dua versi konsol iaitu versi Digital dan versi CD bermula dari harga RM2,499 hingga RM2,799 untuk versi Disc. Manakala versi digital pula dijual pada harga RM2,069 hingga RM2,369. Selain itu, Sony juga menyenaraikan Playstaion 5 Disc Drive dengan harga RM529 dan Playstation 5 Stand (Slim) pada harga RM149. PS5 dengan harga RM2,799 untuk versi CD dan RM2,369 untuk versi digital ditawarkan dengan dua alat pengawal tanpa wayar atau DualSense Wireless Controller. Namun tidak dinyatakan pakej lain yang disertakan bersama dengan set PS5 Slim terbaru itu. Untuk versi slim ini tidak disebutkan pula tentang mana-mana komponen yang dinaik taraf melainkan rekabentuknya yang berubah sedikit daripada sebuah PS5 'gemuk' kepada PS5 yang lebih 'kuru...