Skip to main content

Tips Mudah untuk Meningkatkan Prestasi Laptop Anda



Jika anda sering merasakan yang laptop anda berfungsi lebih lambat daripada biasa, mungkin inilah masanya untuk memberikan laptop anda sedikit 'bertenaga' semasa menggunakannya. Di sini, akan dikongsikan beberapa tips ringkas yang boleh membantu meningkatkan prestasi laptop anda:

1. Membersihkan dan Menyusun Fail

Langkah pertama untuk meningkatkan prestasi laptop anda adalah membersihkan dan menyusun fail. Buang fail dan program yang tidak diperlukan lagi dan gunakan utiliti disk cleanup untuk membersihkan fail-fail sementara yang mungkin telah memenuhkan sistem penyimpanan anda.

Untuk buang Temporary Files: 

Buka Settings > Klik kanan pada Start (logo Windows) > Pilih Settings > Pilih System > Klik Storage > Pilih Storage > Pilih Temporary Files > Di bahagian Local Disk (C:), Pilih Temporary files > Pilih Jenis Fail yang Ingin Dibuang > Klik Remove Files untuk  menghapuskan fail yang dipilih.

2. Disk Defragmentation

Lakukan disk defragmentation secara berkala untuk mengurangkan masalah pecahan fail dan meningkatkan kelajuan read/write data pada cakera keras anda.

3. Semak Aplikasi Semasa 'Startup'

Semak senarai aplikasi yang bermula semasa booting dan matikan yang tidak perlu. Ini dapat mempercepatkan proses booting dan membebaskan sumber daya sistem.

Buka Task Manager:

Tekan Ctrl + Shift + Esc untuk membuka Task Manager > Pergi ke Tab Startup > Periksa Senarai Aplikasi. Anda akan melihat aplikasi-aplikasi yang bermula semasa booting. Matikan Aplikasi yang Tidak Perlu > Klik kanan pada aplikasi yang tidak diperlukan > pilih Disable > Reboot/Restart Laptop

** Pastikan untuk tidak mematikan aplikasi yang kritikal untuk sistem atau yang anda gunakan secara tetap.

4. Tingkatkan Memori RAM



Tambah memori RAM jika mungkin. Memori yang lebih besar membantu laptop menjalankan aplikasi dengan lebih lancar dan meningkatkan prestasi keseluruhan sistem. Sekiranya RAM anda 4GB, naikkan kepada 8GB. Untuk waktu sekarang, 8GB RAM adalah jumlah paling minimum untuk sesebuah komputer atau laptop. Tapi disyorkan RAM yang lebih besar seperti 16GB. 

5. Matikan Animasi dan Visual Effects

Matikan animasi dan kesan visual yang tidak perlu. Ini bukan sahaja menyihatkan mata, tetapi juga mengurangkan beban sistem, meningkatkan tindak balas laptop anda.

6. Lakukan Windows Update dan lakukan Update pada Device Manager

Pastikan sistem operasi dan pemacu peranti sentiasa dikemaskini untuk prestasi yang lebih baik dan kestabilan sistem.

Caranya: Buka Settings > Pilih Update & Security > Pergi ke Windows Update > Klik Check for updates dan tunggu. Jika terdapat pembaharuan, klik Install.

7. Gunakan Antivirus dan Anti-malware

Lindungi laptop anda dengan perisian keselamatan yang sentiasa dikemaskini. Lakukan imbasan berkala untuk mengelakkan prestasi yang terjejas oleh virus atau malware. Jika ada menggunakan perisian bukan original di laptop anda, langkah ini boleh diabaikan.

8. Hapus Program Yang Tidak Perlu

Buang program atau aplikasi yang tidak lagi diperlukan. Ini tidak hanya memberikan ruang penyimpanan tambahan tetapi juga mengurangkan beban sistem.

9. Gantikan Cakera Keras dengan SSD

Cara ini yang paling disyorkan apabila anda ingin memastikan laptop anda berada dalam presatasi yang terbaik. Sebaiknya, pertimbangkan untuk menukar cakera keras konvensional (HDD) kepada cakera padat (SSD) untuk meningkatkan kelajuan read/write data atau memindahkan fail secara drastik. Menukar HDD kepada SSD sebenarnya dapat memberikan kesan yang sangat positif termasuk semasa Start Windows dan semasa membuka perisian-perisian yang besar dan berat. 


Walaupun RAM juga perlu dinaik taraf namun, menukar HDD kepada SSD adalah sangat perlu diutamakan. Jumlah kapasiti SSD yang perlu anda pertimbangkan ialah sekurang-kurang 500GB, lebih besar lebih baik.

10. Periksa Sumber Daya Sistem atau System Resources

Gunakan Task Manager untuk melihat aplikasi dan proses yang menggunakan banyak sumber daya. Hentikan atau tutup aplikasi yang tidak diperlukan untuk meningkatkan prestasi keseluruhan laptop.

Caranya: Buka Task Manager (Tekan Ctrl + Shift + Esc) > Pilih Tab Processes untuk melihat senarai proses yang berjalan. > Klik Tab Column seperti CPU, Memory atau Disk untuk menyusun aplikasi mengikut penggunaan sumber daya. Kenal pasti aplikasi atau proses yang berat > Tutup aplikasi yang tidak perlu > Klik kanan pada aplikasi atau proses yang tidak diperlukan > pilih End Task untuk menghentikan proses tersebut.

* Pastikan untuk tidak menghentikan proses sistem kritikal. Jika anda tidak pasti, cari maklumat tentang proses sebelum menghentikannya.

** Sentiasa pantau Task Manager untuk memastikan pemakaian sumber daya berada dalam julat normal selepas menghentikan atau menutup aplikasi yang tidak perlu itu tadi.

11. Lakukan 'Power Options' yang Sesuai

Sesuaikan setting daya pada laptop untuk memastikan ia beroperasi pada prestasi yang paling optimum, terutama ketika anda memerlukan daya maksimum.

Caranya: Buka Power Options (Tekan Win + X) > Pilih Power Options dari menu yang muncul.
Pilih Balanced atau High Performance berdasarkan keperluan anda. High Performance memberikan daya maksimum tetapi ia akan menggunakan tenaga bateri yang banyak.

Dengan mengamalkan tips-tips ini, anda boleh menikmati pengalaman penggunaan laptop yang lebih cepat dan efisyen. Ingatlah untuk sentiasa membuat salinan keselamatan sebelum membuat sebarang perubahan besar pada sistem anda. Selamat mencuba!


Nota:

* Sekiranya terdapat pindaan/pembetulan/tambahan dalam penulisan di atas, boleh terus maklumkan di bahagian komen

Foto - Atas
Foto - SSD
Foto - RAM





Comments

Popular posts from this blog

Seni Jalanan dan Impaknya kepada Masyarakat Bandar

Dalam dekad kebelakangan ini, seni jalanan telah muncul sebagai salah satu bentuk ekspresi yang paling dinamik dan relevan dalam masyarakat bandar di seluruh dunia. Ia bukan sahaja menawarkan peluang kepada seniman untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti, tetapi juga memainkan peranan penting dalam mencerminkan masalah sosial, budaya, dan politik yang melanda sesebuah masyarakat, sama ada dalam konteks tempatan mahupun secara global. Evolusi Seni Jalanan di Bandar Seni jalanan pada mulanya dianggap sebagai vandalisme atau sesuatu yang bersifat anti-establishment. Namun, seiring dengan perkembangan semasa, ia telah diterima masyarakat sebagai medium seni yang sah. Bandar-bandar seperti New York, Berlin, dan Melbourne terkenal dengan karya seni jalanan mereka, di mana tembok-tembok kosong diubah menjadi kanvas besar yang menyampaikan mesej kepada penduduk setempat. Di Malaysia sendiri, seni jalanan menjadi daya tarikan pelancongan, seperti di kawasan Georgetown, Pulau Pinang y...

Sony Menutup Studio Firewalk dan Menamatkan Concord Serta Merta

Imej: psu.com Dalam satu langkah mengejutkan, Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan penutupan secara kekal Firewalk Studios, pembangun di sebalik eksklusif PlayStation yang kurang berjaya, Concord. Keputusan ini dibuat kurang dari dua bulan selepas Concord dihentikan akibat penerimaan buruk dan bilangan pemain yang rendah. Imej: playstation-studios.fandom.com Concord, sebuah permainan penembak orang pertama (PvP), dilancarkan pada 23 Ogos 2024, tetapi dihentikan penjualannya pada 6 September 2024 selepas menerima ulasan negatif yang meluas dan gagal menarik sebilangan besar pemain. Pada puncaknya, permainan ini mempunyai kurang daripada 700 pemain serentak di Steam. Imej: videogameschronicle.com Hermen Hulst, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Studio SIE, menyatakan dalam e-mel dalaman bahawa setelah meneroka pelbagai pilihan, jalan terbaik adalah untuk menutup permainan secara kekal dan menutup studio. Hulst menyampaikan terima kasih kepada pasukan F...

Rahsia Kejayaan: Kisah Inspirasi dari Tokoh-Tokoh Ternama

Kejayaan bukanlah sesuatu yang datang secara tiba-tiba. Ia memerlukan usaha, dedikasi, dan ketekunan yang tinggi. Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa tokoh ternama yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing dan mengkaji rahsia di sebalik kejayaan mereka. Melalui kisah-kisah ini secara ringkas, kita dapat belajar tentang prinsip-prinsip kejayaan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. 1. Oprah Winfrey: Ikon Media dan Filantropis Oprah Winfrey adalah seorang tokoh media yang telah membina empayar perniagaan yang besar. Beliau terkenal dengan program bual bicara "The Oprah Winfrey Show" yang menjadi salah satu rancangan televisyen paling berjaya dalam sejarah. Oprah juga seorang filantropi yang aktif dalam pelbagai kegiatan amal, termasuk pendidikan dan pemerkasaan wanita. Imej: oprah.com Kunci Kejayaan: Ketekunan dan kerja keras: Oprah memulakan kerjayanya dari bawah sebagai penyampai berita dan perlahan-lahan membina reputasinya dalam i...