Skip to main content

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Tahukah anda bahawa anda boleh membina lukisan 3D dengan menggunakan perisian 3D Google Sketchup? Sedikit ulasan berkenaan perisian 3D ini. Perisian ini telah dibangunkan untuk aktiviti senibina seperti rekabentuk senibina bangunan, rekabentuk dalaman, kejuruteraan, landskap dan apa saja yang berkaitan dengan unsur-unsur merekabentuk. Aplikasi ini direka khas kepada mereka yang berkecimpung di dalam bidang arkitek senibina, rekabentuk, kejuruteraan dan jurubina atau kontraktor. 

Bagi pihak arkitek, penghasilan aplikasi ini juga sudah tentu menjadi sebuah perisian yang amat penting dan berguna dalam menghasilkan kerja yang memuaskan bukan sahaja kepada pihak arkitek malah lebih mudah memberi kefahaman kepada pihak klien tentang lukisan atau rekabentuk yang dihasilkan. Pihak arkitek pula boleh menghasilkan terus rekabentuk melalui perisian ini dan sekaligus dapat melihat hasil keseluruhan bangunan dalam bentuk 3-Dimensi. Jika sebelum ia diperkenalkan, lukisan pelan arkitek hanya memaparkan dalam bentuk 2D, di mana kebanyakan klien sukar memahami atau tak nampak hasil sebenar rekabentuk tersebut tetapi kini ia lebih mudah apabila disertakan dengan hasil 3D. 


Pernah satu ketika, pengalaman saya dalam mengendalikan beberapa projek, saya dipersoalkan tentang luksian pelan arkitek 2D yang saya tunjukkan kepada mereka kerana mereka melihat hanya garisan-garisan di atas kertas dan ada-lah beberapa bahagian diwarnakan. Ada juga yang beranggapan seperti tidak siap. Sebenarnya, masalah tersebut terjadi kerana kurangnya kefahaman dan penelitian mereka terhadap lukisan pelan tersebut. Mungkin juga kerana mereka tidak nampak bagaimana hasilnya. Tetapi, terfikir juga saya bagaimana orang dulu-dulu terutama orang yang sezaman dengan ibu bapa saya tiada masalah dengan lukisan pelan arkitek yang berbentuk 2D. Mereka mudah faham dan boleh baca lukisan pelan yang dihasilkan. Mungkin mereka ada pengalaman atau mungkin mereka banyak pengetahuan.

Bagaimanapun, dengan wujudnya perisian 3D ini ia memberikan impak yang sangat besar dalam dunia senibina. Mudah dilihat, mudah difahami, dan boleh tahu keadaan sebenar bangunan atau rumah yang dicadangkan. Malah orang-orang dulu yang tiada masalah dengan lukisan pelan berbentuk 2D pun terlebih kagum apabila dipersembahkan kepada mereka hasil 3D atau 3-Dimensi.

Sumber Gambar Sketchup.com
3D Google Sktechup ini pada asalnya dibangunkan oleh @Last Software bersama diasaskan pada tahun 1999 oleh Brad Schell dan Joe Esch. 3D Google Sketchup boleh dimuat turun (download) secara percuma dengan beberapa fungsi asas berbanding perisian secara berbayar atau versi Sketchup Pro. Kedua-dua versi ini boleh dimuat turun di laman web sketchup.com. 

Perisian ini sangat mudah untuk digunakan. Dengan sedikit pemahaman cara penggunaan dan membuat beberapa kajian sendiri, ia sudah boleh digunakan. Anda bebas menggunakan ia dengan kreativiti anda sendiri. Boleh membina bentuk segi, bulat, kon atau merekabentuk bangunan, rekabentuk ruang termasuk komponen-komponen yang lain seperti tingkap, pintu dan bumbung. Anda juga boleh menggerak-gerakkan bentuk 3D tersebut sama ada dengan memusing, menarik ke atas atau ke bawah dan juga boleh membuat gerakan animasi. Beberapa komponen sedia ada juga disediakan seperti kenderaan, pokok dan orang. Anda juga boleh memainkan arah matahari, cahaya dan menghasilkan bayang-bayang. 

Penggunaan perisian ini ada teknik teknik tertentu tetapi anda tidak perlu terlalu banyak memikirkan tentang teknik tersebut kerana apa yang penting ialah kreativiti anda ketika menggunakannya. Ia bukan seperti matematik yang memerlukan formula-formula tertentu untuk mendapatkan hasilnya. 

Bebas menghasilkan bentuk

Menghasilkan bayang-bayang

Bukan buat bangunan sahaja, malah apa sahaja tujuan boleh digunakan.


Comments

Popular posts from this blog

Sony Menutup Studio Firewalk dan Menamatkan Concord Serta Merta

Imej: psu.com Dalam satu langkah mengejutkan, Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan penutupan secara kekal Firewalk Studios, pembangun di sebalik eksklusif PlayStation yang kurang berjaya, Concord. Keputusan ini dibuat kurang dari dua bulan selepas Concord dihentikan akibat penerimaan buruk dan bilangan pemain yang rendah. Imej: playstation-studios.fandom.com Concord, sebuah permainan penembak orang pertama (PvP), dilancarkan pada 23 Ogos 2024, tetapi dihentikan penjualannya pada 6 September 2024 selepas menerima ulasan negatif yang meluas dan gagal menarik sebilangan besar pemain. Pada puncaknya, permainan ini mempunyai kurang daripada 700 pemain serentak di Steam. Imej: videogameschronicle.com Hermen Hulst, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perniagaan Studio SIE, menyatakan dalam e-mel dalaman bahawa setelah meneroka pelbagai pilihan, jalan terbaik adalah untuk menutup permainan secara kekal dan menutup studio. Hulst menyampaikan terima kasih kepada pasukan F...

Intermittent Fasting (IF): Panduan dan Manfaat

Intermittent Fasting (IF) adalah satu kaedah pemakanan yang semakin popular dalam kalangan individu yang mencari cara untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan termasuk menguruskan badan. IF melibatkan kitaran antara waktu makan dan berpuasa. Dalam artikel ini, akan dikongsikan secara umum, sedikit panduan dan manfaat kesihatan dengan mengamalkan Intermittent Fasting (IF). Apa itu Intermittent Fasting (IF)? IF bukanlah hanya satu jenis diet, tetapi ia adalah kaedah pemakanan yang menekankan pada perubahan dalam masa makan dan masa berpuasa. Terdapat beberapa kaedah IF yang berbeza, tetapi yang paling popular adalah: 1. 16/8 Method: Anda berpuasa selama 16 jam dan membenarkan diri untuk makan hanya dalam jendela masa 8 jam. Contohnya, anda boleh berpuasa dari pukul 8 malam hingga pukul 12 tengahari esok. 2. 5:2 Diet: Dalam kaedah ini, anda membenarkan diri untuk makan seperti biasa selama 5 hari dalam seminggu dan berpuasa (makan kalori yang sangat terhad) dalam 2 hari yang berl...