Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Tahukah anda bahawa anda boleh membina lukisan 3D dengan menggunakan perisian 3D Google Sketchup? Sedikit ulasan berkenaan perisian 3D ini. Perisian ini telah dibangunkan untuk aktiviti senibina seperti rekabentuk senibina bangunan, rekabentuk dalaman, kejuruteraan, landskap dan apa saja yang berkaitan dengan unsur-unsur merekabentuk. Aplikasi ini direka khas kepada mereka yang berkecimpung di dalam bidang arkitek senibina, rekabentuk, kejuruteraan dan jurubina atau kontraktor. Bagi pihak arkitek, penghasilan aplikasi ini juga sudah tentu menjadi sebuah perisian yang amat penting dan berguna dalam menghasilkan kerja yang memuaskan bukan sahaja kepada pihak arkitek malah lebih mudah memberi kefahaman kepada pihak klien tentang lukisan atau rekabentuk yang dihasilkan. Pihak arkitek pula boleh menghasilkan terus rekabentuk melalui perisian ini dan sekaligus dapat melihat hasil keseluruhan bangunan dalam bentuk 3-Dimensi. Jika sebelum ia diperkenalkan, lukisan pelan arkitek hanya mem...