Software Review: Mengenal Perisian AutoCad dan Kegunaannya

AutoCad merupakan satu perisian komputer yang paling banyak digunakan di dunia terutamanya dalam industri senibina dan kejuruteraan termasuklah Malaysia. Perisian ini dibangunkan oleh syarikat Autodesk untuk memudahkan industri-indsutri tertentu melaksanakan kerja mereka dengan lebih efisien dan tepat. Sebelum teknologi komputer berkembang dan maju, hasil kerja senibina dan kejuruteraan banyak menggunakan kemahiran tangan. Jika di dalam industri senibina ia dipanggil Draughting. Masalah dengan menggunakan kemahiran tangan ini, akan lebih banyak masa, tenaga dan wang digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja tersebut. Apatah lagi jika ia dilaksanakan oleh mereka yang kurang mahir. Melukis pelan bangunan secara teknikal sebenarnya bukan satu kerja yang mudah lebih-lebih lagi ketika zaman komputer masih belum berkembang kerana perlu membuat banyak persediaan yang akan melibatkan banyak perkara. Antaranya, persediaan peralatan melukis pelan, menetapkan ukuran berdasarkan ukuran sebenar, me...