Sejarah Ringkas Senibina Islam

Foto - Freepik Senibina Islam atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai ‘imarah Islamiah” telah banyak dipertonjolkan kepada dunia sejak dahulu lagi malah ianya diperkembangkan dari zaman ke zaman. Apabila berbicara mengenai senibina Islam pastinya yang terbayang dibenak fikiran adalah Masjid. Sememangnya senibina Islam sangat berkait rapat dengan Masjid. Masjid merupakan lambang ketamadunan dan kegemilangan umat Islam. Kewujudan masjid ini juga sebenarnya selain sebagai tempat ibadat ianya merupakan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kemahiran dan sebagainya. Di bangunan masjid tak kira di mana pun diseluruh dunia pasti ada seni ukiran. Kebanyakannya berbentuk geometri dan kaligrafi. Seni ukiran di masjid disyaratkan supaya tidak membuat bentuk makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan. Bukan sahaja di masjid malah di semua tempat. contoh kaligrafi khat kufi Larangan tersebut bersandarkan kepada hadith-hadith antaranya, ...